Janin Tersangkut Di Ranting

KLANG – Janin dipercayai perempuan ditemui tersangkut berdekatan Jeti 7 Asia Niaga Barter Trade, dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata janin cukup sifat itu ditemui orang awam pada jam 10.30 pagi sebelum dimaklumkan kepada anggota Polis Bantuan berhampiran kawasan terbabit.

“Polis yang menerima maklumat kemudian ke lokasi itu mendapati janin yang jantinanya dipercayai perempuan tersangkut pada ranting pokok di permukaan air.

“Siasatan awal tidak menemui sebarang kesan kecederaan pada anggota janin yang tidak berbalut itu,” katanya dalam satu kenyataan, petik BH

Shamsul Amar berkata, janin dianggarkan berusia antara lima hingga enam bulan itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, untuk bedah siasat, dijangka dijalankan jam 9 pagi esok.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat dengan sulit,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.