Ditinggal Kekasihnya Ketika Lumpuh, Lelaki Ini TBertemu Cinta Sejati, Caranya Tidak Diduga

Hao Panpan adalah seorang lelaki China yang lumpuh dan selalu berkongsi semangat dan kecekalannya melalui live streaming.

Dilaporkan oleh Grid.ID dari The Star, Hao berkahwin dengan seorang wanita yang disayanginya melalui platform live streaming.

Hao, yang berasal dari kampung Huanggou, Jize, di Handan, wilayah Hebei, utara China, cedera di tapak penggalian pada Mei 2014. Akibatnya, dia lumpuh dari pinggang ke bawah.

Pada bulan September 2014, bekas teman wanita Hao meninggalkannya. Wanita itu meninggalkan rumah yang mereka diami bersama dan sejak itu tiada lagi khabar berita mengenainya.

Berbaring di katil untuk masa yang lama membawa kesan buruk terhadap kesihatan Hao. Dia mula mengalami atrofi otot di kakinya. Berat badannya turun dari 65 kg hingga 50 kg.

Meskipun kehilangan kemampuan untuk bekerja di luar rumah, Hao menemukan sumber pendapatan tidak dijangka. Dia melakukan live streaming online dengan menggunakan telieon bimbit.

Hao merakam aksinya bernyanyi dan melakukan latihan pemulihan melalui live streaming. Ia berjaya menarik perhatian lebih 70,000 pengikut dalam talian. Ramai di antara mereka mengalami kecacatan.

Di antara pengikut Hao adalah ada seorang wanita bernama Fu Chengjun. Fu adalah seorang wanita yang berasal dari Anhui. Fu mengenal Hao melalui live streamingnya pada bulan Februari 2017.

“Setelah mengikuti dia secara online untuk beberapa waktu, saya mendapati dia seorang yang kuat dan optimis. Aku kemudian jatuh cinta padanya,” kata Fu.

Pada  9 Januari lalu, Fu menikah dengan Hao di kampung halamannya di Hebei. Mereka melangsungkan pernikahan tanpa memberitahu keluarga Fu kerana ingin membentuk keluarga baru. Mereka masing-masing mempunyai anak dari hubungan sebelumnya.

Menurut kebiasaan setempat, keluarga pengantin lelaki akan memberikan hadiah pertunangan kepada keluarga pengantin wanita sebelum berkahwin namun, Fu memilih untuk berkahwin dengan Hao tanpa meminta apa-apa pun.

Pasangan ini sekarang mencari rezeki melalui siaran live streaming dan melakukan perniagaan di WeChat. Mereka juga menjual produk seperti tuala dan pakaian dalam.

Fu kini turut melakukan urutan kepada suaminya setiap hari bagi membantu memperbaiki peredaran darah di kakinya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.