Beberapa Hari Lagi…Fenomena Gerhana Bulan Penuh!

Pejam celik tinggal beberapa hari lagi sahaja lagi kita bakal menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh pada 31 Januari nanti.

Pastikan anda memilih gabungan kamera dan lens yang sesuai mengikut citarasa masing-masing.

Menurut FalakOnline, kita berpeluang sekali lagi menyaksikan Gerhana Bulan Penuh. Kali terakhir kita menyaksikan gerhana seperti ini ialah pada tahun 2015.

Berdasarkan kiraan di atas, Bulan akan melintasi agak hampir dengan pusat bayang-bayang umbra Bumi. Skala umbral magnitude (U.Mag) kali ini ialah 1.3155. Ini bermakna Bulan akan memasuki ke dalam bahagian umbra sebanyak 1.3 kali diameternya.

Gerhana kali ini dapat dilihat di kawasan Asia tengah dan Asia Timur pada awal dan lewat malam, serta Amerika Syarikat, Kanada menjelang Subuh di sana. Afrika, sebahagian Eropah dan Amerika Selatan tidak dapat melihatnya kali ini.

Di Malaysia dan Asia Tenggara, Gerhana Bulan Penuh kali ini akan berlaku pada awal malam, iaitu bermula selepas Maghrib dan tamat menjelang tengah malam. Waktu kejadian ini boleh dikatakan agak ideal kerana ia berlaku pada waktu puncak ketika semua orang sudah pun berada dalam keadaan rehat dan tenang di kediaman masing-masing, serta tidak berlaku terlalu lewat selepas tengah malam.- SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.