Bayi Sawan Ditinggalkan Ibu Bapanya Dengan Sepucuk Surat

GUANGDONG – Polis Cina sedang mencari ibu bapa anak perempuan berusia enam bulan yang ditinggalkan di sebuah taman, bersama dengan surat.

Bayi kecil tersebut dijumpai oleh polis peronda pada Sabtu , 20/1/2018, di Taman Fengshan, Dongguan, Provinsi Guangdong, sedang tidur di dalam sebuah kereta bayi.

Bersama bayi tersebut , didapati pula sebuah beg berisi susu formula, ubat-ubatan, pakaian bayi, dan sebuah surat daripada ibu bapa bayi tersebut.

Dalam surat tersebut, ibu bapa bayi menyatakan ketidakupayaan mereka untuk membiayai bayi mereka, yang dikatakan menderita sawan.

Menurut ibu bapanya , mereka telah membelanjakan hingga RM37,000  tetapi serangan penyakit bayi mereka tidak pernah sembuh.

“Tidak ada ibu bapa yang tidak menyayangi anaknya , tetapi kami tidak dapat membayar rawatan perubatan,” kata ibu bapa bayi itu dalam suratnya.

“Dia hanya akan mati jika dia tinggal bersama kami, kami tahu kami mungkin terdengar seperti mementingkan diri sendiri, tetapi kami hanya berharap anak kami dapat membesar dengan sihat,” katanya.

Surat ini juga mengandungi arahan khusus tentang cara memberi makan dan menjaga bayi dari segi sawan.

Ibu bapa bayi itu juga berterima kasih dan berjanji akan menebus kebaikan pihak yang bersedia merawat anak perempuan mereka di masa depan.

“Jika mungkin, sila bercakap dengannya dengan kerap, juga memegang tangan dan kakinya yang kecil,” kata ibu bapa.

Bayi tersebut kini dirawat di hospital, sedangkan polis masih kesulitan mencari ibu bapanya, lantaran meninggalkan bayinya di taman ketika malam hari dan tidak dirakam kamera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.