Bawa Kekasih Hisap Dadah

Sik – Seorang lelaki yang juga suami orang ditahan bersama kekasihnya kerana menghisap dadah di sebuah inap desa di Taman Sepilai, di sini, dalam operasi dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sik, semalam, lapor metro.

Dalam operasi bermula jam 2 hingga 5 pagi, lelaki berusia 27 tahun dan pasangannya berusia 19 tahun ditahan bersama dua lelaki lain dalam serbuan berasingan di Kampung Hujung Bandar, di sini.

Ketua Pegawai AADK Daerah Sik Roslin Baharom berkata, tujuh anggota AADK Daerah Sik diketuai Pegawai AADK Daerah Sik Azman Hassan membuat serbuan di dua kawasan di Mukim Teloi, di sini.

Menurutnya, dalam serbuan itu, dua lelaki ditahan di Kampung Hujung Bandar manakala pasangan kekasih terbabit ditahan di inap desa milik lelaki berkenaan, kira-kira jam 2.45 pagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.