Antara Mahathir Dan Ronald Reagan…..

Apa persamaan antara Ronald Reagan dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad? Reagan merupakan Presiden Amerika Syarikat yang paling tua, berusia 70 tahun ketika dilantik sebagai presiden pada 1981. Beliau berkhidmat sehingga 1989.

Beliau meninggal dunia pada usia 93 tahun. Sementara Mahathir pula, merupakan calon Perdana Menteri paling tua di dunia. Beliau telah memegang tampuk pemerintahan di Malaysia, sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun.

Persamaan antara mereka ialah usia tua. Walaupun Reagan adalah presiden AS yang paling tua, namun beliau berusia 70 tahun ketika mengangkat sumpah jawatan tersebut. Manakala Mahathir pula sudah berusia 93 tahun ketika dicalonkan sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan.

Pada usia berkenaan, bolehkah kita mengharapkan Mahathir untuk memerintah negara sedangkan Reagan yang berusia 70 tahun itu pun sudah dijangkiti penyakit Alzheimer atau nyanyuk.

Anak Reagan iaitu Ron memberitahu bahawa bapanya itu bergelut dengan Alzheimer ketika beliau masih di White House lagi. Reagan hanya disahkan secara rasmi menghidap Alzheimer pada 1994, iaitu selepas lima tahun meninggalkan White House.

“Ia bukan sesuatu yang jelas. Ia seperti, `oh Tuhan, beliau lupa yang beliau adalah Presiden,” kata Ron dalam satu temu bual eksklusif dengan ABC News.

Ron mendakwa dia melihat tanda-tanda bapanya menghidap Alzheimer ketika beliau masih menjadi Presiden dalam buku yang ditulis sempena ulang tahun ke-100 Reagan.

Biarpun adiknya, Michael Reagan menafikan bapa mereka mempunyai simptom Alzheimer sepanjang menjadi Presiden namun penyakit Reagan ini menjadi topik yang didebatkan di negara berkenaan.

Pada 2015, penyelidik di Universiti Arizona mendapati terdapat perubahan halus pada pola percakapan Reagan yang dikaitkan dengan demensia, beberapa tahun sebelum Reagan disahkan menghidap penyakit tersebut.

Sementara Mahathir pula, terdapat banyak tanda-tanda yang menunjukkan beliau terlupa. Antaranya beliau pernah berkata bahawa Anwar Ibrahim yang kini di penjara sudah terlalu tua untuk menjadi Perdana Menteri yang akan datang.

Mahathir berkata demikian dalam satu wawancara dengan The Australian pada 2015, ketika Anwar berusia 68 tahun.

“Apabila saya berumur dalam 70-an, saya buat pengumuman bahawa saya tidak lagi boleh jadi PM pada usia 80, jadi saya nyatakan bahawa saya akan letak jawatan dan saya lakukannya sebelum saya berumur 80 tahun,” katanya kira-kira dua tahun lalu.

Tapi kini Mahathir terlupa tentang apa yang diperkatakannya kerana beliau mahu menjadi semula Perdana Menteri pada usia 93 tahun. Kalau umur Anwar ketika itu dianggap sudah tua, apatah lagi umur Mahathir, lagi tujuh tahun mencecah 100.

Ketika beliau hendak bersara dulu, Mahathir berkata, ibunya telah berpesan ‘berhenti makan sebelum kenyang’. Sekali lagi Mahathir terlupa akan nasihat daripada ibunya itu.

Begitu juga apabila terlalu lama berkuasa. Mahathir pernah berkata sekiranya seseorang itu memegang tampuk pemerintahan terlalu lama, dikhuatiri ia akan mengakibatkan individu berkenaan menjadi korup dan mudah salah guna kuasa.

Rupanya banyak yang Mahathir terlupa. Semua yang diperkatakannya itu kini dilakukannya. Selepas 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Mahathir sekali lagi mahu menjadi Perdana Menteri tapi kali ini di sebelah pembangkang pula.

Melihat betapa pelupanya Mahathir ini, kita bimbang beliau dilanda sindrom nyanyuk, apatah lagi banyak pihak menggelar beliau sebagai nyanyuk. Salah satu tandanya adalah pelupa. Kalau diikutkan banyak yang Mahathir lupa ni.

Janganlah korbankan negara untuk seseorang yang sudah tua. Tolaklah calon Perdana Menteri Pakatan Harapan ini. Selepas 22 tahun memerintah, adakah kita mahu mengembalikan semula pemerintahan beliau. Cukup-cukuplah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.