500 Tahun, Kepupusan Suku Aztec Dibongkar

Selepas lebih dari 500 tahun berlalu, pengkaji akhirnya membongkar di sebalik kepupusan suku Aztec.

Cocoliztli atau wabak penyakit didakwa membuatkan kepupusan hampir seluruh populasi suku di Mexico ini.

Ia bermula pada tahun 1545 dimana bencana melanda Aztec. suku itu mula diserang demam panas, sakit kepala dan pendarahan dari mata, mulut dan hidung.

Kematian itu berlaku dalam masa 3-4 hari sahaja.

Populasi suku tersebut akhirnya mulai pupus.

Kira-kira hampir 15 juta orang atau 80 persen dari populasi itu pupus dalam bencana yang berlangsung selama lima tahun itu.

Pengkaji Fransiskan, Fray Juan de Torquemada menggambarkan bagaimana wabak itu menghancurkan suku tersebut pada waktu itu.

“Demam itu menular, terasa membakar dan terus menerus. Lidah kering dan hitam. Rasa hausnya luar biasa. Urin berwarna hijau laut, hitam, kadang kehijauan menjadi pucat. Denyut nadi kadang cepat, kadang melemah,” tuturnya.

Tambah Torquemada, satu lubang besar telah digali dari pagi sampai matahari terbenam. Ia dilakukan untuk mencampakkan mayat ke dalam lubang itu.

Menurut cerita rakyat, bencana itu disebabkan oleh wabak penyakit. Namun, tidak ada kepastian mengenai wabak itu.

Selepas 500 tahun berlalu, penelitian berhasil menemukan penyebabnya selepas melakukan kajian DNA pada gigi suku yang meninggal itu.

“Penyebab ini telah dihujah lalu membuktikan kelangsungan itu melalui DNA,” kata Åshild Vågene pakar dari University of Tuebingen, Jerman.

Pakar berhasil menganalisis DNA yang diambil dari 29 kerangka yang dikubur berkenaan.

Dengan menggunakan teknik penyaringan DNA baru yang disebut Meta Genome Analyzer Alignment Tool (MALT), para pengkaji menemukan jejak bakteria Salmonella enterica.

Bakteria ini diketahui menyebabkan demam mengejut sehingga menyebabkan kematian.

Difahamkan, Salmonella menyebar melalui makanan atau air yang dibawa dari haiwan peliharaan orang-orang Eropa.

“Kami menguji semua bakteria patogen dan virus DNAnya dimana S. enterica adalah satu-satunya kuman yang dikesan,” kata Alexander Herbig, seorang lagi pakar yang terlibat dalam kajian ini.

“Ini adalah kemajuan penting yang dapat kita ketahui bahawa penyakit ini telah wujud pada zaman dahulu.

Penemuan ini sudah diterbitkan dalam Nature Ecology & Evolution.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.