5 Kanak-Kanak Hilang Setelah Keluar Mencari Katak, Polis Tidak Boleh Cari Mereka Sehingga 11 Tahun Kemudian, Ini Yang Berlaku

Pada 26 Mac 1991, sekumpulan kanak-kanak telah mengembara dari rumah mereka di Daegu, Korea Selatan ke Gunung Waryoung semata-mata untuk mencari katak.

Lima budak lelaki berkenaan ialah U Cheol-won yang berusia 13 tahun, Jo Ho-yeon (12), Kim Yeong-gyu (11), Park Chan-in (10), dan Kim Jong-sik (9).

Hari tersebut merupakan cuti kebangsaan dan mereka tidak pergi ke sekolah.

Waryoung

Kelima pelajar SD Seongseo itu sangat mengenali kawasan perburuan tersebut kerana  rumah mereka hanya jarak beberapa kilometer dari gunung.

Frog boys

Malangnya, kelima kanak-kanak ini hilang dan tidak pernah pulang ke rumah.

Lebih daripada 300,000 anggota polis diarahkan secara langsung oleh Presiden Roh Tae-woo untuk mencari budak lelaki itu

Namun tidak ada sedikit pun jejak yang ditinggalkan kanak-kanak itu.

Terdapat 8 juta risalah tersebar di seluruh negara, manakala hadiah RM154,000 ditawarkan kepada sesiapa sahaja yang berjaya menjumpai budak lelaki itu.

pencarian frog boys

Beberapa ibu bapa kanak-kanak tersebut ada yang berhenti keraja untuk mencari anak mereka.

Kes tersebut akhirnya sepi selama 11 tahun sehingga 26 September 2002, seorang lelaki pergi ke Gunung Waryoung dan menjumpai kasut pakaian dan kanak-kanak.

Frog boys

Dia segera memanggil polis.

Dan akhirnya, kelima budak yang kemudian disebut “Frog Boys” (budak katak) itu dijumpai.

Jasad bocah katak ditemukan (2002)

Awalnya polis mengesyaki mereka meninggal dunia akibat beku, kerana apabila mereka hilang pada  hari tersebut, cuaca sejuk dan hujan, ada kemungkinan anak-anak itu hilang.

Lima mayat itu didapati berpelukan, kemungkinan penyebabnya agar tubuh mereka tetap hangat.

Jasad bocah katak ditemukan (2002)

Namun orang tua kanak-kanak itu curiga.

Badan mereka ditemui kira-kira 3 km dari rumah, jadi tidak mungkin mereka akan tersesat.

Selain itu, jika mereka sejuk, mengapa mereka membuka pakaian dan kasut.

Jasad bocah katak ditemukan (2002)

Bukan itu sahaja, polis telah beratus-ratus kali mencari mereka di tempat yang sama, kenapa hanya 11 tahun kemudian dijumpai?

Setelah dibedahsiasat, teori hipotermia yang dikemukakan polis terbukti salah.

3 daripada kanak-kanak itu mempunyai luka di kepalanya, seperti dipukul benda tajam.

Selain itu, ada bekas darah di 2 tulang tengkorak kanak-kanak itu, serta dijumpai lubang bekas tembakan.

Tengkorak bocah katak

Polis merumuskan fakta baru, kelima kanak-kanak tersebut bukan hanya hilang, tapi juga dibunuh.

Lima kanak-kanak itu dikebumikan pada 25 Mac 2004.

Tengkorak mereka disumbangkan kepada Universiti Gyeongbuk untuk penyelidikan perubatan.

Pada tahun 2006, kes mereka tidak lagi dapat diselesaikan.

Kasus frog boys

Namun sekatan kes 15 tahun itu telah dikeluarkan kerajaan Korea pada Julai 2015, sehingga mungkin ada harapan Frog Boys dan keluarganya boleh mendapat keadilan.

Namun sehingga kini tiada lagi perkembangan kes itu.

Hanya pada tahun 2011, filem bertajuk Children dibuat untuk mengenang kes kanak-kanak katak tersebut.

Children

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.