Video: Tersasul Sebut Nama Anwar, Netizen Sifatkan Mahathir Semakin Nyanyuk

KUALA LUMPUR – Para pengguna media sosial menyifatkan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai semakin nyanyuk apabila tersasul menyebut nama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media yang diadakan pada Rabu.

 

Mereka mendakwa ini bukan kali pertama Dr Mahathir tersalah sebut nama ‘musuhnya’ sambil mendakwa bekas perdana menteri sudah semakin tertekan kerana sering menukar kenyataan ‘u-turn’ demi kepentingan politiknya.

 

 

“Kelakar betul bila tengok Mahathir semakin panik, sampai tersasul sebut nama Anwar. Mungkin ini petanda beliau semakin nyanyuk lepas gagal menjatuhkan Najib,” ujar Zain Ahmad Ali di laman Fecabook merujuk kepada laporan yang disiarkan Buletin Utama sebentar tadi.

 

“Lepas CIA keluarkan laporan skandal BMF, Mahathir dah makin kalut sampai salah sebut nama Anwar. Kalau macam ni sampai ke tua lah Mukhriz tak dapat jadi PM,” ujar Salina Abdul Kadir pula.

 

“Hahahahahaha Mahathir marah kat Najib tapi sebut Anwar, nampak sangat orang tua ni dah semakin nyanyuk. Baik duduk rumah jaga cucu” tegas Rashdan Mohd Kadir.

 

Mahathir ketika mengulas kerjasama antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PAS berkata sesetengah pemimpin parti Islam itu dilihat mahu mensabotaj kerjasama yang ingin dijalinkan.

 

Mahathir ketika sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini berkata, terdapat pemimpin Pas yang merasakan dirinya lebih buruk berbanding Datuk Seri Anwar (Ibrahim).

 

Mahathir kemudiannya membetulkan kenyataannya itu dengan menyebut nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Raak apabila apabila ditegur pegawainya.

 

Dr Mahathir kemudiannya meminta maaf diatas kesilapan yang dilakukannya itu sambil menyifatkan dirinya sebagai ‘Melayu Mudah Lupa’.- SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.