Siti Muat Lagu Bahasa Cina

KUALA LUMPUR – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza bakal tampil dengan lagu berbahasa Cina dalam album baharunya yang akan dilancarkan tahun ini.

 
Diti berkata, dia sememangnya mahu mencuba sesuatu yang berbeza sekali gus berhasrat memuatkan lagu berbahasa Cina dalam album baharunya nanti, petik Utusan.

 

“Setakat ini, lagu semua sudah ada. Malah lagu berbahasa Cina pun ada. Saya mahu cuba benda baharu.

 

“Saya juga ada usaha seterusnya untuk berkerjasama dengan komposer terkenal, A.R. Rahman. Projek istimewa, tapi masih dalam perancangan,” katanya.

 
Tambahnya, dia turut menyimpan hasrat untuk mengadakan siri jelajah Asia bagi bertemu dengan para peminatnya.

 
“Teringin tapi masih dalam perancangan. Malah saya juga ingin membuat persembahan di pentas berprestij seluruh dunia antaranya The Opera House di Sydney, Australia,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.