Rotan Anak Jadi Kesalahan Jenayah Adalah Mengarut – Tajuddin

Kuala Lumpur – Merotan anak bakal menjadi satu kesalahan jenayah jika rang undang-undang baharu bakal diketengahkan terhadap ibu bapa yang merotan anak mereka  Akta baru bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang akan dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya pada Jun depan, kata Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

 

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato Sri Tajuddin Abdul Rahman hari ini menyanggah kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu yang setakat ini mengenakan dua hukuman dalam Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu Seksyen 31 dan Seksyen 33 yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 jika sabit kesalahan kerana mendera atau mengabaikan anak.

 

Menurut Tajuddin, cara merotan anak yang diamalkan oleh masyarakat kita sejak dari dulu adalah contoh yang baik bagi mengajar anak-anak dalam usaha mendidik mereka sedari kecil.

 

“Islam dan melayuada cara sendiri untuk mengasuh dan mendidik anak-anak. Lagi-lagi mahu ikut cara barat,moden dan prograsif konon” katanya ketika dihubungi.

 

Tambahnya lagi, cara yang diamalkan oleh barat tidak perlu diikut dan hanya meruntuhkan institusi kekeluargaan.

 

“Asuhan cara barat meruntuhkan institusi keluarga, lihatlah… takkan itu pun tak nampak?

 

“Merotan dalam Islam bukan bermakna mendera! orang barat tak faham, orang melayu pun ramai juga yang tak faham” tegasnya.

 

Tajuddin turut berkata, beliau merasakan ramai lagi yang sependapat dengannya yang merasakan hukuman yang bakal dibuat ini sebagai sesuatu yang mengarut dan tidak masuk akal.

 

 

.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.