Talian Nur 15999 Selamatkan 2 Nyawa

SRI AMAN – Panggilan kecemasan yang dibuat menerusi Talian Nur 15999 baru-baru ini berjaya menyelamatkan dua nyawa iaitu seorang isteri yang menjadi mangsa dera suami dan seorang bayi yang didera ahli keluarga.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, meskipun talian kecemasan itu telah berjaya membantu banyak mangsa namun masih ramai masyarakat tidak memanfaatkan talian tersebut untuk tujuan kebaikan bersama.

Katanya, beliau kesal apabila orang ramai masih tidak mengetahui setiap panggilan yang mereka buat akan dijawab oleh petugas terlatih malah mampu memberi kaunseling.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.