Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Sehingga Khamis

KUALA LUMPUR – Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua di perairan Condore, Reef North dan Pulau Layang-Layang dijangka berterusan sehingga Khamis ini.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan, Sabtu, berkata angin kencang timur laut dengan kelajuan 60km sejam dan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter dijangka berlaku dalam tempoh itu.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Menurut kenyataan itu, keadaan angin kencang dan laut bergelora kategori pertama akan melanda kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak (Mukah, Bintulu dan Miri), Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Samui, Tioman, Bunguran, Reef South dan Palawan.

Angin kencang ini yang bertiup antara 40 hingga 50 km sejam dan ombak setinggi 3.5 meter itu dijangka berterusan sehingga Khamis ini, kata kenyataan itu.

Keadaan ini berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi dan sukan laut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.