Lim Guan Eng ‘Anugerahkan’ KJ Gelaran Datuk

KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin hari ini memerli Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ekoran kesilapan yang dilakukan dalam kenyataan media nya itu.

Dalam satu kenyataan hari ini mengenai pengenalan semula mekanisme apungan harga minyak, Guan Eng tersilap merujuk kepada Khairy sebagai ‘Datuk’ Khairy Jamaludin.

Khairy atau KJ menyindir Guan Eng dalam twitter nya dengan berterima kasih kepada Guan Eng kerana “menganugerahkannya” gelaran Datuk.

 

 

“Terima kasih @guanenglim kerana mengurniakan darjah kebesaran kepada saya yang membawa gelaran “Datuk”.

Nanti PM detail upacara istiadat,” sindir Ahli Parlimen Rembau itu di dalam Twitternya hari ini.

Kenyataan media mengenai pertukaran formula pengiraan harga minyak bulanan kepada mingguan itu bagaimanapun ditarik balik selepas para wartawan memaklumkan setiausaha akhbar Guan Eng mengenai kesalahan tersebut.

Menerusi laman twitternya, Khairy berkata, rupa-rupanya, sudah enam minggu kerajaan Pakatan Harapan mengenakan cukai ke atas jualan petrol.

“Bukan setakat tidak dapat subsidi, 6 minggu rakyat bayar ‘cukai’ kepada Kerajaan setiap kali isi minyak,” katanya sambil meminta pembaca merujuk kepada infografik yang disertakan di dalam hantaran tersebut. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.