Korban Tsunami Selat Sunda Naik 229 Orang

KUALA LUMPUR – Angka korban Tsunami Selat Sunda meningkat kepada 229 orang sehingga 11:30 malam tadi.

Menurut Ketua Pusat Data dan Informasi Badan Bencana Nasional Indonesia (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho angka korban dijangka terus meningkat.

“Jumlah korban nyawa sehingga kini meningkat 229 orang,” beliau dipetik berkata Detik.com.

Menurut Sutopo, selain mangsa korban, 408 orang yang lain dilaporkan masih hilang, 720 orang cedera dan lebih 4,000 mangsa dipindahkan.

“Selain itu, jumlah kemusnahan sehingga malam tadi melibatkan 528 unit rumah rosak teruk, 1 unit rumah musnah dihanyut ombak, 82 unit rumah rosak,” ujarnya.

Beliau pada masa sama mengingatkan penduduk supaya terus bertenang dan tidak mendengar khabar angin.

Tegasnya, maklumat rasmi akan terus disampaikan kepada mangsa sekiranya ada.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.