Gunung Berapi Anak Krakatau Meletus Sehari Sebelum Tsunami

KUALA LUMPUR – Letusan gunung berapi Anak Krakatau sehari sebelum tsunami yang melanda Selat Sunda berjaya dirakam Agensi Sumber Daya Alam Indonesia.

Bunyi letupan boleh didengar dalam rakaman visual yang menunjukkan api dan asap naik ke langit pada pagi Sabtu.

Seterusnya, lava dilihat mengalir di sisi gunung berapi tersebut.

Gunung berapi itu terletak di Selat Sunda di antara Pulau Jawa dan Sumatera, menghubungkan Lautan Hindi dan Laut Jawa.

Saintis memaklumkan, tsunami pada pagi Ahad itu mungkin disebabkan oleh tanah runtuh di bawah laut, atau di atas paras laut di lereng gunung berapi, susulan letusan itu.

Tsunami yang berlaku tanpa disebabkan gempa bumi itu, setakat jam 4 petang Ahad, merekodkan bilangan mangsa yang terkorban seramai 222 orang, sementara 843 cedera dan 28 masih hilang.

Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat BNPB, Sutopo Purwo Nugroho berkata, sebanyak 556 unit rumah dilaporkan musnah, 9 unit hotel mengalami kerosakan teruk, 60 rumah kedai rosak, 350 kapal dan perahu musnah.

Jumlah berkenaan dikhuatiri terus meningkat kerana pasukan mencari dan menyelamat masih belum dapat memasuki semua kawasan yang terjejas akibat tsunami itu. – Awani

http://www.astroawani.com/videos/embed-player/id/328396

One thought on “Gunung Berapi Anak Krakatau Meletus Sehari Sebelum Tsunami

  • December 24, 2018 at 4:47 pm
    Permalink

    Ya allah jika ada perkenan mu.. rahmat mu ya allah. Surutkan lah banjir dimalaysia juga hentilahgempa bumi di sunda..mohon perkenan mu ya allah tuhan sekelian alam.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.