Seorang Lagi Mangsa Nahas Bas Ekspress Di Pagoh Meninggal Dunia

MUAR – Seorang lagi mangsa kemalangan bas ekspres di Kilometer 137 Lebuh Raya PLUS, dekat sini, arah utara, disahkan meninggal dunia sebentar tadi.

 

Pertambahan tersebut menjadikan jumlah yang terkorban dalam nahas tersebut setakat ini seramai 14 orang.

 

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 pagi ini, bas ekspres yang membawa mereka dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas kira-kira 20 kaki ke kawasan curam. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.