Wan Zahidi Tokoh Perdana Maulidur Rasul 1437H/2015

KUALA LUMPUR – Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437/2015 yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dekat sini hari ini.

 

Dengan penganugerahan tersebut, Wan Zahidi yang merupakan Mufti Wilayah Persekutuan keenam menerima wang tunai RM50,000, trofi dan sijil penghargaan.

 

Majlis penyampaian anugerah tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

 

Sementara itu, Anugerah Maulidur Rasul dikurniakan kepada Datin Prof. Madya Dr. Paizah Ismail, Datuk Dr. Ar. Baharuddin Abu Kassim, Prof. Dr. Che Muhaya Mohamad dan Othman Md. Yusoff.

 

Turut menerima anugerah itu ialah Ebit Irawan Ibrahim Lew, Dr. Mundzir Abdullah, Nurul Eeman Mansor dan Mithun Jay Langgim.

 

Kelapan-lapan penerima Anugerah Maulidur Rasul itu masing-masing menerima RM20,000, trofi dan sijil penghargaan.

 

Yang turut hadir dalam sambutan itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.