Video Krismas Stacy, Dikecam Peminat

Baru-baru ini, peyanyi lincah, Stacy atau nama Islamnya iaitu Ummu Shaikhah Stacy Binti Anam, telah memuat naik satu rakaman video keraian Krismas di laman Instagram dan ia telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan peminat.

 

Tidak kurang ramai yang mengkritik penyanyi yang pernah popular dengan lagu Pelangi Senja itu.

 

Bagaimanapun menerusi beberapa komen di laman sosial tersebut turut menerangkan bahawa apa yang dilakukan juara AF6 ini adalah bagi menghormati keluarganya yang beragama Kristian malah perkara tersebut sudah menjadi kebiasaan penduduk di Sabah.

 

Stacy, 25, memeluk agama Islam di pejabat Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Johor Bahru pada Ogos lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.