Arab Saudi Batal Hukuman Rejam Wanita Sri Lanka

SAUDI ARABIA – Arab Saudi meringankan hukuman rejam sehingga mati yang dikenakan terhadap seorang wanita Sri Lanka kepada tiga tahun penjara.

 

Pembantu rumah yang telah berkahwin itu bekerja di Riyadh sejak tahun 2013 didapati bersalah kerana berzina dengan seorang pekerja migran, yang juga dari Sri Lanka.

 

Manakala, lelaki itu dikenakan 100 kali sebatan kerana belum berkahwin.

 

Sebelum ini, hukuman mati yang dikenakan ke atas wanita itu menggemparkan Sri Lanka kerana beribu-ribu pekerja lelaki dan wanita berhijrah ke negara-negara teluk setiap tahun sebagai pembantu rumah atau pemandu, lapor Reuters.

 

Pemangku Menteri Luar Sri Lanka, Harsha De Silva menyambut baik keputusan itu.

 

Pada tahun 2013, Arab Saudi mengenakan hukuman pancung kepada seorang pembantu rumah Sri Lanka kerana didapati bersalah membunuh bayi yang berada dalam jagaan wanita itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.