Anak Anwar Ibrahim Dimasukkan Ke ICU

KUALA LUMPUR – Nurul Nuha, anak perempuan bekas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di salah sebuah hospital di sini.

 

Memetik laporan blog MyMassa, Nurul Nuha dikatakan terjatuh di rumahnya dan mengalami kecederaan serius di kepala akibat terhantuk.

 

Menurut laporan portal TheRakyatPost, sumber yang rapat dengan keluarga Anwar telah mengesahkan kejadian tersebut.

 

Anwar yang kini sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh diberitakan telah mendapat kebenaran melawat anaknya di hospital.

 

“Beliau (Anwar) telah dibenarkan untuk melawat anaknya pukul 5 petang tadi (Rabu).

 

“Dia (Nurul Nuha) stabil dan sedar. Hanya perlu banyak berehat,” kata sumber tersebut. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.