Yuna Pilih Najwa Menggantikannya Bawa ‘Lelaki’ Ke AJL 29 Januari Depan

Kuala Lumpur – Penyanyi yang popular dengan lagu “Got To Go”, Najwa Mahiaddin akan menggantikan Yuna untuk membawakan lagu “Lelaki” di “Anugerah Juara Lagu ke-29” (AJL 29) pada 18 Januari depan.

Memetik laporan daripada Berita Harian, pemilihan Najwa sebagai pengganti dipilih oleh Yuna sendiri memandangkan dia tidak dapat membuat persembahan pada hari tersebut kerana terikat dengan komitmennya sebagai artis di Amerika Syarikat.

Ini bukanlah kali pertama lagu ciptaan Yuna dinyanyikan oleh penyanyi lain pada pertandingan lagu berprestij itu.

Sebelum ini menyaksikan penyanyi dan komposer Aizat Amdan membawakan karya indah ciptaan Yuna iaitu “Terukir Di Bintang” pada AJL 27 sekaligus diumumkan sebagai Lagu Terbaik dan juara bagi pertandingan itu.

Pemilihan Najwa sebagai pengganti merupakan pilihan yang tepat kerana dia di antara penyanyi wanita yang mempunyai vokal yang hebat dan pastinya akan memberi seingan hebat kepada peserta-pesarta lain.

Ini merupakan lagu ketiga ciptaan Yuna yang berjaya melangkah ke peringkat akhir AJL.

Pada tahun 2004, lagu ciptaan Yuna “Dan Sebenarnya” pernah dinobatkan sebagai Naib Juara Keseluruhan AJL24 manakala lagu “Terukir Di Bintang memenangi Juara Keseluruhan pada AJL27. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.