TNB Nafi Bekalan Elektrik Di Kelantan Bakal Dipotong

Kuala Lumpur – Tenaga Nasional Berhad (TNB) sekerasnya menafikan khabar angin mengatakan lokasi banjir di Kelantan bakal bergelap ekoran bencana banjir semakin buruk.

Menurut laporan Sinar Harian, Pengurus Besar TNB Kelantan, Ir Yuslan Md Yusof berkata, khabar angin yang tersebar menerusi menerusi aplikasi WhatsApp adalah tidak benar sama sekali.

“Sekiranya benar sekalipun Kelantan tidak akan bergelap kerana bekalan elektrik boleh diambil juga melalui talian 275kv Tanah Merah-Temenggor,” katanya.

Khabar angin yang menjadi viral di WhatApps mengatakan talian transmition 275kv antara Kandis dan Kenyir hampir mencecah air dan pihak ‘transmission‘ meminta stesen bersedia kerana bekalan akan dipotong pada bila-bila masa, sekiranya talian tersebut kritikal bekalan elektrik di seluruh Kelantan akan dipotong sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.