Tanah Runtuh : Pacuan 4 Roda Jatuh Gaung, 3 Anggota Bomba Cedera

Dungun – Tiga anggota bomba cedera setelah kenderaan yang dinaiki terjatuh dalam tanah gaung yang berpunca daripada tanah runtuh di Jalan Kampung Syukor, Pasir Raja awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.22 pagi itu, kenderaan bomba jenis Isuzu Dmax yang menunda sebuah bot sedang dalam perjalanan untuk memindahkan mangsa banjir di Kampung Syukor.

Pemandu kenderaan berkenaan dipercayai tidak menyedari jalan terbabit telah runtuh berikutan ketiadaan lampu jalan dan keadaan hujan yang lebat.

Penolong Penguasa Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Al Muktafi Billah Shah, Imran Ismal ketika dihubungi The Rakyat Post mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada mangsa banjir yang mimta untuk dipindahkan sebelum mengerahkan empat anggota ke sana.

“Ketika dalam perjalanan, keadaan hujan lebat menyebabkan penglihatan pemandu tidak jelas ketika kejadian.

“Runtuhan terbabit tidak disedari berikutan keadaan gelap dan tiada lampu jalan di kawasan berkenaan menyebabkan kenderaan yang dinakiki mepat anggota itu terjunam kira-kira 10 meter ke dalam gaung,” katanya.

Mangsa yang cedera ialah Maharazai Mat Saud, Mohamad Fadzil Mohd Jamal dan Mohd Faizal Mohd Fauzi.

Manakala seorang lagi anggota, Aziz Mohamad hanya dirawat sebagai pesakit luar di sebuah klinik berhampiran. – RakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.