Shaifah Zarina Tidak Serik Sertai Pertandingan Nyanyian

Kuala Lumpur – Meskipun tersingkir di konsert suku akhir Gegar Vaganza minggu lalu, tidak membuatkan penyanyi Sharifah Zarina serik untuk menyertai pertandingan nyanyian.

Akur dengan keputusan juri, pelantun lagu Langit Ketujuh itu juga berkata dia pasti akan merebut peluang jika ada lagi pertandingan sebegitu pada masa akan datang.

“Apabila ada peluang sebegini, saya memang akan mencubanya dengan bersungguh-sungguh,” katanya kepada Zass.

“Mana boleh serik. Saya lagi sukakannya.

“Bagaimanapun, saya berharap agar semua pihak menghormati kebolehan saya.

“Saya bukan minta untuk disanjung cuma saya ada cara saya yang tersendiri,” katanya.

Pada konsert minggu keenam bertemakan ‘Berdua Lebih Baik’, Sharifah Zarina berduet dengan penyanyi Rem menyampaikan lagu popular gandingan Hafiz Suip dan Datuk Siti Nurhaliza berjudul Muara Hati.

Begitu pun, pertaruhan penyanyi berusia 33 tahun itu ternyata tidak tepat apabila juri kurang bersetuju dengan pilihan lagunya itu.

“Mungkin bukan tuah saya, kerana kesilapan yang sekali itu terus menyebabkan saya tersingkir.

“Sedari awal konsert, saya memang memilih lagu yang kebanyakannya agak susah untuk dibawa supaya dapat menunjukkan kebolehan sekali gus berupaya mengeluarkan suara saya.

“Apabila ada peluang sebegini, saya memang akan mencubanya dengan bersungguh-sungguh,” katanya kini sedang mengikuti pengajian Diploma Eksekutif Pendidikan Awal Kanak-kanak di Universiti Malaysia (UM) dan dijangka tamat pada Disember 2015.
sumber : Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.