Saya Tidak Kisah Digosipkan, Ini Yang Paling Comel – Kamal

Petaling Jaya – Terkejut apabila namanya disebut sebagai punca kepada gosip perpisahan pasangan selebriti Emma Maembong dan Zizan Razak, Kamal Adli menganggap gosip tersebut sebagai gosip comel untuk penutup tahun 2014.

“Ini merupakan gosip paling gempak kerana secara tiba-tiba nama saya naik. Saya tahu pun setelah diberitahu oleh pihak produksi berhubung kontroversi ini. Namun saya enggan terlalu memikirkan kerana menganggap ianya sebagai gosip comel untuk penutup tahun 2014.

“Lagipun banyak pihak diam sahaja mengenai gosip ini kerana merela tahu bahawa ianya tidak logik. Saya tidak kisah digosipkan pun kerana dalam banyak-banyak gosip yang melanda saya, ini yang paling comel,” katanya.

Menurut Kamal, dia baru sahaja menjalani penggambaran bersama Zizan serta Emma, namun di matanya pasangan tersebut tidak menghadapi sebarang masalah dilokasi. Bagaimanapun, Kamal tidak menolak kemungkinan namanya dikaitkan kerana dia kini ‘single’ dan turut terlibat dalam projek bersama mereka.

“Mungkin saya tengah single dan kebetulan saya menjalani penggambaran bersama mereka membuatkan nama saya dikaitkan. Di mata saya mereka kelihatan seperti tiada sebarang masalah dan saya tidak tahu menahu jika mereka berpisah atau sebagainya.

Banyak lagi kerja saya nak buat daripada mengambil Emma di lapangan terbang serta lari dari lokasi penggambaran. Malah Emma juga merupakan teman wanita orang. Jadi gosip ini bagi saya cukup kelakar,” ujarnya.

 

sumber : gua.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.