Kerajaan Akan Pastikan Mangsa Banjir Mendapat Bantuan – Najib

Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan memastikan beban mangsa banjir diringankan dan bantuan sampai kepada mangsa yang memerlukan.

Melalui laman Twitter beliau, Najib berkata petugas telah diarah untuk mengenal pasti cara terbaik bagi memastikan setiap bantuan akan sampai kepada mangsa banjir.

“Saya harap semua pihak yang mampu membantu mengambil inisiatif bekerjasama dengan agensi kerajaan untuk sama-sama ringankan beban mangsa banjir,” katanya.

Lima negeri di Semenanjung menghadapi bencana banjir yang menyebabkan 62,000 mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara setakat tengah hari ini.

Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis serta Sabah adalah antara negeri  yang dilanda bencana itu sejak beberapa hari lalu.

DI Sabah,  seramai 336 mangsa banjir daripada 128 keluarga yang ditempatkan di Dewan Masyarakat Baru di Beaufort dibenarkan pulang selepas pukul 2 petang ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.