Dia Hanya Juruaudit, Bukan AJK.. Dia Tidak Tahu Apa-Apa – Zed Zaidi

Kuala Lumpur – Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) Zed Zaidi menyifatkan kenyataan pelakon Adlin Aman Ramlie memintanya letak jawatan susulan laporan polis dibuat terhadap bendari persatuan itu merujuk Vanidah Imran (Vee) akibat kehilangan buku cek persatuan sebagai tidak profesional.

Menurut Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 34, jawatan dipengang Adlin ketika ini tidak melayakkannya menyertai mesyuarat bersama ahli jawatankuasa (AJK) SENIMAN lain.

“Dia hanya juruaudit bukan AJK dan dia tidak tahu apa-apa yang berlaku dalam mesyuarat yang kami adakan pada 15 Oktober lalu.

“Jika dia seorang profesional sepatutnya mendapatkan penjelesan daripada saya bukan hanya dari sebelah pihak saja. Dia bukan ada kredibiliti dalam persatuan dan tidak tahu tentang hal pentadbiran sesebuah persatuan.

“Cuma, apa yang kita nampak mengenai dia hanya dalam lakonan, pengarahan dan sebagai pengkritik. Dia jangan bawa ilmu lakonan dalam pentadbiran persatuan,” katanya ketika dihubungi Malaysian Digest.

Menurutnya, Adlin tidak perlu mempertikai apa yang dilakukannya untuk kebaikan SENIMAN.

“Sebelum ini, dia pernah menjadi timbalan sebuah persatuan artis tetapi ke mana persatuan itu sekarang. Jika dia tidak tahu tentang pentadbiran persatuan, jangan bercakap apa-apa tentang persatuan. Lebih baik dia tutup mulut,” tegasnya.

Zed berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Adlin dalam sebuah portal berita semalam yang mengecam tindakannya membuat laporan polis terhadap Vee selaku bendahari persatuan pada 19 Disember lalu.

Mengulas dakwaan Adlin mengatakan tindakannya seolah sengaja membuka pekung persatuan, Zed menyatakan sebelum membuat laporan polis berkenaan, dia telah memberi peluang kepada Vee agar memulangkan buku cek tersebut.

“Saya bersama timbalan dan juga beberapa pekerja SENIMAN ada menghubunginya meminta segera pulangkan buku cek tetapi dia menyatakan ada sebab tidak pulangkan. Apa sebabnya? Tunjuklah sebab.

“Kita tak boleh biarkan dia sesuka hati membawa keluar buku cek itu dari persatuan kerana itu satu kesalahan. Buku cek itu bukan tanggungjawab dia saja tetapi tanggungjawab saya juga sebagai presiden dan iItu tanggungjawab bersama.

“Saya buat laporan atas dakwaan kepada bendahari persatuan bukannya kepada Vee dan saya tidak sebut namanya dalam laporan polis tempoh hari,” jelasnya.

Mengenai dakwaan Adlin mengatakan dia tidak boleh memimpin SENIMAN dengan baik, Zed berkata:

“Kalau dakwaan dia kononnya saya tidak boleh mengendalikan persatuan dengan baik, kenapa ahli mengundi dan memberi kepercayaan kepada saya sebagai presiden persatuan.

“Sebelum ini saya pernah memimpin SENIMAN selama satu setengah tahun. Sebanyak 500 program yang saya jalankan untuk menaikan nama Seniman.

“Kalau setakat 20 tahun jadi ahli SENIMAN tetapi tidak pernah datang mensyuarat ahli dan hanya bila mahu bertanding saja baru datang, tidak perlulah bercakap apa-apa,” katanya yang bagaimanapun telah memaafkan Adlin menerusi laman Twitter miliknya.

..

Dalam pada itu Zed memberitahu SENIMAN akan mengadakan satu menyuarat khas mengenai isu buku cek dalam masa terdekat.

“Tentang Adlin itu biarkanlah dia. Sebenarnya, pada mesyuarat pertama kali yang diadakan pada 15 Oktober lalu, setiap AJK persatuan telah menandatangani akur janji.

“Dalam salah satu akur janji tersebut ada menyatakan mana-mana AJK yang bercakap tentang SENIMAN, kenyataan itu sifatkan sebagai kenyataan peribadi. Jadi, Adlin dia memang tidak tahu apa-apa.

“Tapi mengenai isu buku cek, persatuan akan adakan mesyuarat dalam masa terdekat ini. Kita akan minta sekali lagi Vee tunjuk sebab kalau sebab itu tidak munasabah, persatuan akan adakan undian tidak percaya pada bendahari dan kita akan minta dia letak jawatan,” katanya.

– mD

2 thoughts on “Dia Hanya Juruaudit, Bukan AJK.. Dia Tidak Tahu Apa-Apa – Zed Zaidi

  • December 24, 2014 at 6:04 pm
    Permalink

    telur sebiji riuh sekampung. Persatuan Melayu Tipikal.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.