Bot Penyelamat Banjir Terbalik, Dua Mangsa Dikhuatiri Mati Lemas

Terengganu – Sebentar tadi, menerusi maklumat yang dikongsikan para pengguna Facebook, satu kemalangan melibatkan bot penyelamat mangsa banjir dilaporkan telah berlaku di Kampung Dato Haji Ibrahim Fikri di Kemaman, Terengganu.

Panggilan mengenai kejadian telah diterima oleh pihak Pusat Gerakan Operasi (PGO) sekitar jam 1.45 petang tadi.

Laporan yang diterima menyebut bot tersebut dinaiki oleh tiga anggota penyelamat dan lima mangsa banjir yang terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita.

Bot tersebut dikatakan terbalik selepas terperangkap pada pusaran air, menyebabkan dua mangsa iaitu seorang lelaki dan seorang wanita hilang dihanyutkan arus deras.

Ketika kejadian, semua mangsa menggunakan jaket keselamatan.

Setakat ini, usaha mencari mangsa sedang giat dijalankan dengan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Chukai.

Kedua-dua mangsa dikatakan pasangan suami-isteri.

Sama-samalah kita doakan semoga mereka dapat ditemui dalam keadaan selamat.

Sementara itu dalam satu kejadian yang berasingan sebuah bot tentera yang membawa mangsa banjir dilaporkan terbalik di Gua Musang.

Mangsa kemudianya berpaut di salah sebuah tiang bagi mengelakkan hanyut dibawa arus air yang deras sebelum diselamatkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.