Banjir Di Kelantan : 7 Laluan Utama Ditutup

KOta Bharu – Tujuh laluan lagi ditutup kepada lalu lintas, menjadikan kesemuanya 22 laluan di lapan jajahan di Kelantan ditutup akibat banjir yang semakin buruk malam ini(Selasa).

Menurut portal banjir kerajaan negeri, laluan yang ditutup itu ialah di KM0.6 Gua Musang yang menghubungi Jalan Gua Musang-Lojing-Simpang Pulai.

Di Kuala Krai pula jalan yang ditutup ialah KM0.7 Jalan Ghucil ke Batu Balai, KM66 Jalan Kota Baharu-Kuala Krai-Gua Musang dan KM100 Jalan Kota Baharu-Kuala Krai-Gua Musang.

Di Machang, tiga laluan yang ditutup ialah Jalan Kampung Paloh Rawa-Temangan di Kampung Belukar Panjang, Jalan Kuala Sat-Kelaweh dan Jalan Kampung Kemuning-Sungai Merkam.

Menurut portal itu dengan penutupan tujuh laluan terbabit, setakat ini sebanyak 17 laluan telah ditutup.

Sebanyak 10 laluan yang telah ditutup sebelum ini ialah di KM37 Jalan Gua Musang-Jelawang-Dabong di Gua Musang, dua laluan di Kuala Krai iaitu Jalan Sultan Yahya Petra (Bandar Kuala Krai) dan Jalan Jirat (Bandar Kuala Krai).

Di Tumpat, satu laluan yang ditutup kepada semua kenderaan ialah KM8 Jalan Cabang 4 Kampung Jambu-Meranti manakala di Tanah Merah melibatkan KM1.5 Jalan Tanah Merah-Kusial-Kampung Ipoh.

Di Pasir Mas, tiga laluan ditutup kepada semua kenderaan iaitu di KM12 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu, KM11 Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang (Jalan Lama) Kampung Siram dan KM23 Jalan Banggol Kulim.

Di Machang dua laluan iaitu di KM8 Jalan Machang-Pangkal Meleret-Wakaf Bata dan KM6 Jalan Kubor Cina-Temangan ditutup kepada semua lalu lintas.

Sementara itu lima laluan masih ditutup kepada kenderaan ringan iaitu di KM3 Jalan Pengkalan Rakit di Pasir Mas, di KM37 Jalan Jeli-Dabong, di KM10 Jalan Kota Baharu-Pantai Cahaya Bulan.

Dua laluan di Tumpat yang ditutup kepada kenderaan ringan ialah di KM2 Jalan Keselamatan (KESBAN) Pengkalan Kubor-Kampung Jambu dan KM3 Jalan Pohon Tanjung-Pasir Pekan.

Menurut portal berkenaan, jumlah mangsa banjir di Kelantan mencatatkan sedikit penurunan daripada 22,259 mangsa petang tadi kepada 21,601 orang malam ini(Selasa). – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.