Babi Akan Hilangkan Populariti, Hudud Bakal Hancurkan Pakatan – Bekas Ketua AMK Rembau

Shah Alam – Pengumuman terbaru Kerajaan Negeri Selangor untuk meneruskan projek Ladang Ternakan Khinzir terbesar di Kuala Langat, Selangor telah menjadi penghias utama di media tempatan.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Rembau, Md Sani Md Shah berkata, isu babi boleh menyebabkan Pakatan Rakyat (PR) hancur dan kehilangan popularitinya, bahkan ianya juga turut terpalit dengan isu Hudud yang kini hangat diperkatakan.

Jika kedua isu itu tidak ditangani dengan baik, ianya juga akan terus dikaitkan dengan isu pertembungan kepentingan Melayu dan bukan Melayu.

“Isu ini perlu diperhalusi dan dibawa berbincang. Baik Kelantan, Selangor atau Pulau Pinang harus diperintah dengan membawa wajah PR,” katanya dalam satu sidang media di sini.

Katanya, para pengikut atau pengampu Menteri Besar atau Ketua Menteri kerajaan negeri terbabt harus bersikap matang.

Beliau berkata, jangan disebabkan mahu melaksanakan Hudud ada yang menjadi pengkritik dan pengampu buta.

“Namun bila isu nak teruskan projek ladang babi, pengampu yang mengatakan perlu bawa ke PR untuk laksana Hudud di Kelantan, adakah mereka juga sudah bawa ke PR untuk melaksanakan ladang babi terbesar itu. Impak politik tetap akan sama nanti,” jelasnya.

Katanya, ladang babi yang dimulakan oleh Barisan Nasional (BN) kini perlu diteruskan oleh kerajaan PR.

“Nasihat saya adalah PR harus duduk berbincang sebelum sebarang pengumuman. Jika tidak rakyat akan melihat kamu celaru,” tambah beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.