Amar Sekat Pengikut IG Yang Biadap Beri Komen Negatif Dan Biadap

Petaling Jaya – Pelakon Amar Baharin, 28, mengakui hilang sabar terhadap komen negatif dan kesat sebilangan pengikut di Instagram (IG) miliknya yang mencetuskan pergaduhan di antara pengikut itu dengan pengikut lain di laman sosialnya. Lantas memaksanya menyekat pengikut yang disifatkannya berperangai biadap.

“Saya geram dengan sebilangan pengikut yang sewenangnya melemparkan kritikan negatif, kata-kata kesat dan provokasi di dalam IG saya yang boleh mendatangkan kemarahan dan perbalahan sesama pengikut saya yang lain.

“Jadi, saya sekat mereka kerana orang yang tiada adab tidak perlu ada di IG saya. Saya ada hak untuk pastikan IG saya bukan boleh sesuka hati dijadikan tempat mencari gaduh.

“Bukan itu saja, saya juga menyekat orang yang masuk dan jual atau promosi barang. Saya jadi rimas lagipun kalau dibiarkan nanti mereka akan buat sesuka hati dan orang sudah tidak mahu baca komen lain,” katanya kepada Malaysian Digest.

Baru-baru ini hero drama Kerana Terpaksa Aku Relakan (KTAR) ini memuat naik status di laman Twitter miliknya menyatakan amaran mengenai dia akan menyekat pengikut yang suka mencari gaduh dan memberi komen kurang sopan di IG miliknya.

..

Katanya, dia tidak kisah jika tiada ramai pengikut di laman sosialnya itu asalkan IG milknya bukan ruang untuk mana-mana pihak bergaduh, mengutuk dan melemparkan kata kesat.

..

Tatkala diminta mengulas mengenai tindakannya itu juga sebagai menghentikan tomahan dan kritikan sebilangan pengikut tidak suka kepada pasangannya iaitu pelakon Amyra Rosli selepas bergandingan menerusi drama bersiri, Suamiku Encik Sotong, Amar menafikan hal tersebut.

“Sebenarnya, ada pengikut saya yang masih terbawa pengaruh KTAR mereka yang tidak habis lagi tetapi sekarang, saya berlakon dalam Suamiku Encik Sotong. Sebagai pelakon, saya bertanggungjawab mempromosikan drama saya all out.

“Saya bangga apabila peminat tetap mengingati tetapi saya sekat pengikut berkenaan bukan sebab semata-mata menyebelahi Amyra mahupun sesiapa. Sebaliknya, saya marah sebab saya ada ‘repost’ gambar majalah yang dimuat naik peminat dan turut menyatakan komen tidak manis yang sengaja diprovok untuk mencetuskan pergaduhan,” katanya.

– mD

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.