Adik Nur Syamimi Meninggal Dunia, Tidak Sempat Terima Bantuan Penderma Organ

Kuala Lumpur – Nur Syamimi Liyana, kanak-kanak 7 tahun yang menghidap penyakit hati berkuprum yang dilaporkan Astro Awani November lalu meninggal dunia pada Selasa.

Syamimi menghembuskan nafas terakhir selepas sebulan bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan oksigen.

Syamimi menghidap penyakit hati yang jarang ditemui iaitu Wilson Disease sejak berusia 3 tahun.

Anak bongsu kepada Mohd Firdaus Abdullah ini mendapat rawatan di Hospital Selayang.

Malah Allahyarham berada di dalam senarai teratas untuk mendapat penderma hati.

Namun masih gagal mendapat organ sesuai sehingga menghembuskan nafas terakhir pukul 3.30 petang Selasa.

Syamimi mendapat perhatian media selepas Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno Malaysia menggerakkan usaha membantu keluarganya. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.