UMNO Nekad Sertai Himpunan Bantah ICERD 8 Dis

KUALA LUMPUR – UMNO akan tetap menyertai Himpunan Aman Rakyat Bantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD 8 Disember ini, kata Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Namun katanya himpunan yang akan disertai parti itu akan bertukar kepada sambutan terhadap berita gembira yang diumum Pakatan Harapan semalam untuk tidak meratifikasi konvensyen berkenaan.

“Sebagai tanda terima kasih itulah, kami akan turun beramai-ramai dalam perhimpunan berkenaan,” katanya dalam sidang media sempena program lawatan beliau ke UMNO Wilayah Persekutuan di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini

Dalam pada itu, Zahid itu turut berkata kenyataan bekas Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin yang mempersoalkan langkah UMNO untuk menyertai himpunan berkenaan hanyalah pandangan peribadi beliau.

“Itu pendapat peribadi dia, tapi kita amat menghormati pihak pengajur yang telah menganjurkan perhimpunan berkenaan,” katanya lagi.

Khairy semalam menggesa himpunan bagi meraikan kemenangan menentang ICERD tidak seharusnya diteruskan.-SuaraTv

One thought on “UMNO Nekad Sertai Himpunan Bantah ICERD 8 Dis

  • November 25, 2018 at 4:15 am
    Permalink

    Tangkap nk demo semua ni??
    Nk alih tumpuan najib besar2 icerd?? Korup da???

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.