Najib Nafi Mengaku Ditipu Jho Low, Dakwa Kenyataan Diputar Belit

MARAN – Datuk Seri Najib Razak menafikan beliau mengeluarkan kenyataan dengan mengakui dirinya ditipu oleh ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low, membabitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menjelaskan mengenai perkara itu, mantan Perdana Menteri itu sebaliknya berkata, apa yang dinyatakan beliau semasa sesi temu bual bersama Sinar Harian baru-baru ini ialah jika benar dibuktikan ada berlaku penipuan, maka benarlah dirinya ditipu Jho Low.

Bagaimanapun katanya, sebuah portal mengambil kenyataan tersebut daripada konteks yang salah yang mungkin bertujuan untuk mengelirukan orang ramai.

“Apa yang saya kata, kalaulah dibuktikan (penipuan) maka (benarlah) kita sudah ditipu oleh dia (Jho Low)…Saya juga nak bagi tahu, saya tidak pernah menafikan saya mengenali dia…saya tidak nafikan.

“Saya katakan saya dengan dia berurusan secara profesional dan saya menggunakan beliau dalam urusan kita dengan Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk tarik pelabur ke Malaysia,” kata Najib.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Sembang Santai bersama Bekas Perdana Menteri anjuran UMNO Bahagian Maran di Dewan UMNO Maran, di sini, hari ini.

Majlis itu dihadiri kira-kira 1,000 ahli UMNO Bahagian Maran dan orang awam.

Turut sama hadir, Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin; Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Nor Adam; dan Pengerusi Jaringan Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil.

Tambahnya, hasil hubungan baik yang berjaya dijalinkan itu memberi manfaat, termasuk penambahan kuota haji sebanyak 10,000 selain penyediaan dua pesawat jumbo khas bagi membawa pelajar Malaysia keluar dari negara terbabit semasa berlaku pergolakan ‘Arab Springs’.

Baru-baru ini media melaporkan Najib mengakui dirinya ditipu Jho Low menerusi satu temubual dengan Sinar Harian.

Bagaimanapun tidak lama selepas itu, Najib bingkas membuat penjelasan di dalam Facebook beliau, dengan mengatakan jawapannya kepada soalan penemubual itu berdasarkan andaian jika sekiranya perkembangan yang berlaku sekarang adalah satu kebenaran.

Najib berkata, adalah penting untuk melihat keseluruhan video temubual bagi mendapatkan konteks yang sebenar. -SuaraTv 

3 thoughts on “Najib Nafi Mengaku Ditipu Jho Low, Dakwa Kenyataan Diputar Belit

  • November 24, 2018 at 7:04 pm
    Permalink

    Wayang lebih?? Penipu besar??

    Reply
  • November 29, 2018 at 4:42 pm
    Permalink

    Hidup kau 24jam menipu je?? Makhluk Perosak segalanya..!! 1mdb.nfc.felda.felcra.scorpene.equminity.panel solar.tanah wilayah.tabung haji.mkn.kondo2.azilah. razak baginda.sirul.altantuya
    Rosmah.kuncu2.kroni2 dlm rumah juta2..byr jamin juta2.kroni2 byr jamin juta2..mana ambil duit?? Ada kroni yg terlepas pandang ke?? Byk sgt kah harta2 korang??, simpan je tk pakai2 ye ke?? Tkpe ada ramai lagi akan dicekup atas salahlaku..rasuah pecah amanah je yg korang pandai??? Rakus khianat kejam zalim songlap penyangak..samun. tk lepas punya…?? Selama mana elak nafi tepis?? Insyallah akan terbukti juga apa yg disorok selama ini?? Semoga sama2 dapat kita dapat jawapan yg dikatakan fitnah semata2… perenggan dalam lapuran audit 1mdb pun kau pinda?? Napa takut ke?? 24jam menipu..!!! Inilah kelebihan awak??,

    Reply
  • November 29, 2018 at 4:44 pm
    Permalink

    PH terbaik bijak amanah tiada rasuah??? Sakithati kecewa rakyat pilih tapi kau khianat???

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.