Mahadzir Lepas Jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Terengganu

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan parti itu di Terengganu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Terap berkata yakin jawatan tersebut lebih layak disandang oleh anak tempatan.

Dipetik Sinar Online Mahdzir berkata nama pengganti beliau akan diketahui ramai tidak lama lagi.

“Nama pengganti akan diumumkan dalam masa terdekat selepas surat pelantikan ditandatangani presiden parti,” katanya.

Selain Madhzir, dua lagi Naib Presiden UMNO ialah Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mahadzir pada Ogos lalu pernah bersuara untuk melepaskan jawatannya di peringkat negeri itu.

Kata Mahdzir tugas tersebut lebih sesuai dipikul oleh orang tempatan yang lebih memahami suasana setempat.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.