Liza Hanim Rasa Cemas

KUALA LUMPUR – Penyanyi yang mempunyai suara yang lunak. Liza Hanim mendedahkan berasa cemas apabila kandungannya kini memasuki fasa terakhir.

Katanya, perasaan itu timbul apabila memikirkan masih belum menyelesaikan persiapan menyambut kelahiran termasuk persediaan fizikal dan mental.

“Selamat datang trimester ketiga. Tidak lama lagi baby… Mama tiba-tiba panik semalam, perlu selesaikan persiapan, material, fizikal dan terutamanya mental,” katanya.

Sebelum ini, penyanyi lagu Siapa Sangka Siapa Menduga ini mengumumkan kehamilan anak kelima itu selepas menjayakan Konsert Semalam Di Malaya yang diadakan di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur September lalu.

Kandungan Liza kini memasuki minggu ke-29 dan dijangka akan melahirkan cahaya mata pada awal tahun hadapan.

Liza mendirikan rumahtangga bersama bekas anggota kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsudin pada tahun 2003.

Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Marsya Qistina, 15, Marissa Qaireen, 9, Mohamed Salahuddin, 7, dan Mohamed Ibrahim, 3 tahun.

Dalam pada itu, Liza berkata, pengalaman kehamilan kali ini turut membuatkan kenangan proses melahirkan anak keempatnya kembali menerpa apabila bertarung dengan nyawa selama 25 jam.

“Tiba-tiba teringat pengalaman melahirkan #princeibrahim tiga tahun lepas, 25 jam dalam bilik bersalin,” ujarnya.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.