Amitabh Langsai Hutang 1,398 Petani

KUALA LUMPUR – Pelakon dan produser ternama Bollywood, Amitabh Bachchan, 76, dilapor telah melangsaikan hutang seramai 1,398 orang petani yang berjumlah sebanyak 40 rupee (RM2.3 juta) terhadap bank tempatan.

Perkara itu disahkan oleh Amitabh menerusi blog peribadinya. Dalam blognya itu, suami kepada aktres Jaya Bachchan itu berkata dia telah membantu golongan tersebut yang terhimpit dalam kemiskinan untuk menyelesaikan hutang mereka.

Para petani yang dibantu Amitabh berasal dari negari utara India, Uttar Pradesh yang merupakan kampung halaman pelakon veteran tersebut.

Puluhan ribu petani di sana dikatakan mengalami masalah hutang dengan pihak bank setelah beberapa tahun kebelakangan ini hasil tanaman mereka kurang menjadi disebabkan faktor kemarau.

Disebabkan permasalahan itu, kebanyakan petani dilaporkan mengambil jalan singkat dengan membunuh diri. Sejak 1995, seramai lebih 300,000 petani dilaporkan bunuh diri disebabkan kemiskinan hidup.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.