Air Percuma Di Selangor Tidak Lagi Pada Semua Isi Rumah

KUALA LUMPUR – Jika dulu kerajaan negeri Selangor memberikan 20 meter padu air percuma kepada seluruh isi rumah di negeri itu sejak 2008 tetapi tahun depan ianya tidak akan berlaku lagi.

Selangor bermula tahun depan hanya akan memberikan air percuma kepada golongan berpendapatan rendah (B40) mulai tahun depa.

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, langkah penjajaran semula program tersebut bagi memenuhi matlamat asal program untuk meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

Justeru, katanya, mulai tahun depan, kadar 20 meter padu air percuma sebulan akan dinaikkan kepada 25 meter padu bagi golongan B40.

“Kerajaan negeri yakin golongan B40 ini akan mendapat lebih manfaat daripada penjajaran semula air percuma nanti,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2019 berjumlah RM2.56 bilion di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini Jumaat.

Amirudin menambah 2019, jumlah peruntukan kepada Program Air Percuma selepas penjajaran dilakukan adalah sebanyak RM80 juta dan ini membolehkan kerajaan negeri membuat penjimatan sebanyak RM105.2 juta.

Menurutnya, penjimatan ini akan dapat dikembalikan kepada rakyat melalui program pembangunan dan program mensejahterakan rakyat.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.