Video: Zahid Sumbang RM100 Ribu kepada Misi Jelajah Grand Slam Malaysia 2017

PUTRJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan akan menyumbang sebanyak RM100 ribu kepada Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia( KE7B) untuk melaksanakan Penjelajahan Grand Slam Malaysia 2017.

Menurut beliau, misi Muhammad Muqharabbin Mokhtaruddin atau lebih dikenali sebagai Qabin yang menjadi wakil tunggal negara untuk melengkapkan eksplorasi  ini akan menjadi penyuntik semangat untuk generasi TN50 untuk cuba mencapai kejayaan yang sama diperingkat global.

” Keberadaan beliau kelak sebagai anak malaysia pertama menerima anugerah Grand Slam ini akan mengajak generasi TN50 akan terlintas untuk menyertai.

“Saya sendiri akan menyumbang 100 ribu ringgit.

“Qabin cakap dia tak cukup lagi 160 ribu lagi,”katanya ketika menyampaikan ucapan pelancaran Ekspedisi Ke7B Penjelajahan Grand Slam Malaysia 2017.

Menurut beliau, penjelajahan Grand Slam ini memerlukan Qabin untuk melengkapkan penjelajahan di pendakian di 7 puncak tertinggi di tujuh benua dunia, penjelajahan Kutub Utara dan Kutub Selatan.

Dalam pada itu, zahid turun menekankan bahawa untuk menyelesaikan siri penjelajahan ini , memmerrlukan Qabin untuk menguasai 3 aspek penting.

“Aspek pertama ialah kekuatan mental, aspek emosi dan aspek ketiga aspek spiritual,”ujarnya.

Mengikut perancangan, misi penjelajahan Qabin akan berlepas ke Punta Arenas, Chile pada 15 Disember 2017 dan penjelajahan sebenar akan bermula pada 19 Disember 2017 dan dijangka berakhir pada 28 Disember 2017.

Terdahulu, Qabin telah berjaya menamatkan penjelajahan berski di Kutub Utara dan pada april 2017.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.