Video: Qabin Optimis Selesaikan Misi Eksplorasi Grand Slam Malaysia 2017

PUTRAJAYA – Penjelajah negara, Muqharabbin Mokhtaruddin atau lebih dikenali sebagai Qabin optimis bakal menyelesaikan penjelajahan Grand Slam 2017 apabila beliau akan cuba menyelesaikan misi jelajah di Kutub Selatan.

Menurutnya beliau yakin bahawa mampu untuk menghabiskan misi ini setelah mendapat sokongan dari Perdana Menteri dan seluruh rakyat Malaysia.

“Saya selaku anak muda malaysia bersyukur kepada kerajaan malaysia kerana banyak memberi bantuan.

“Saya akan cuba yang terbaik  dalam ekspedisi dan sedia untuk menempuhi misi yang terakhir ini.

“Saya yakin dan serahkan pada Allah dan saya yakin akan buat yang terbaik kerana saya membawa nama negara,” katanya ketika diremui media selepas majlis pelancaran Ekspedisi KE7B, Penjelajahan Grand Slam Malaysia 2017.

Dalam pada itu, beliau juga tidak menyangka mampu untuk menghabiskan siri jelajah ini.

“Saya pun tak sangka kerana dapat menghabiskan kesemua misi dan ini adalah yang terakhir.

“Untuk bergelar eksplorer Grand Slam saya perlu tempuh juga,” ujarnya.

Dalam pada itu, penasihat KE7B, Datuk Akmar Hisham Mokhles turut yakin bahawa Qabin mampu untu menamatkan penjelajahan ini sekali gus mengharumkan nama negara.

“Hanya orang yang ada tekad dan cekal sahaja yang mampu untuk menamatkan perjalanan dan antara orang yang mempunyai kecekalan ini adalah Qabin.

“Kita nak tunjukkan ada anak Malaysia yang berstatus antarabangsa,” katanya.

penjelajahan Grand Slam ini memerlukan Qabin untuk melengkapkan penjelajahan di pendakian di 7 puncak tertinggi di tujuh benua dunia, penjelajahan Kutub Utara dan Kutub Selatan.

Mengikut perancangan, misi penjelajahan Qabin akan berlepas ke Punta Arenas, Chile pada 15 Disember 2017 dan penjelajahan sebenar akan bermula pada 19 Disember 2017 dan dijangka berakhir pada 28 Disember 2017.

Terdahulu, Qabin telah berjaya menamatkan penjelajahan berski di Kutub Utara dan pada April 2017.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.