Remaja Mangsa Rogol Dipenjarakan Seumur Hidup, Rihanna Dan Kim Kardashian Tampil Mempertahankannya

Kisah remaja bernama Cyntoia Brown tersebar ke seluruh dunia selepas beberapa tokoh terkenal seperti penyanyi Rihanna dan selebriti Kim Kardashian mendesak pihak berkuasa Amerika Syarikat untuk membebaskannya.

Cyntoia dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada tahun 2004 kerana menembak mati Johnny Allen, agen hartanah dari Nashville berusia 43 tahun yang mengupahnya untuk perkhidmatan seks.

Ketika pulang ke rumah yang dihantar Allen malam itu, Cyntoia dikatakan diperkosa dan dipukul berulang kali.

Cyntoia berada di pinggir jalan sebagai pekerja seks malam itu atas desakan teman lelakinya yang dipanggil Kutthroat, seorang penagih dadah.

Cyntoia mengatakan kekasihnya sering memakinya dan memaksanya menanggalkan pakaian sambil mengacukan senjata api. Remaja itu berkata, dia dipaksa menjual diri untuk mendapatkan wang bagi teman lelakinya itu.

Allen yang menjadi pelanggan ketika itu, sempat mempamerkan koleksi senjatanya kepada Cyntoia dan mengaku sebagai penembak Angkatan Darat AS. Hal itu, kata Cyntoia, membuatkan dia berasa takut

Cyntoia berkata dia makan malam dan menonton televisyen dengan Allen sebelum tidur.

“Dia duduk di antara kakiku, dia sangat kasar,” kata Cyntoia dalam perbicaraan.

“Saya fikir dia akan memukul saya atau melakukan hal-hal seperti itu,” ujarnya.

Kemudian Allen membalikkan badannya ke tepi tilam. Cyntoia mengaku ketika itu dia sangat panik dan menyangkakan Allen mengambil pistol.

Merasa bahawa dia dalam ancaman pembunuhan, Cyntoia lalu menembak kepala Allen dengan pistol berkaliber 40 milimeter yang diberikan Kutthroat.

Meskipun berusia 16 tahun ketika pembunuhan itu terjadi, Cyntoia dihukum sebagai orang dewasa.

Sekarang dia berusia 29 tahun, dan  akan mendapat hak pembebasan bersyarat hampir 40 tahun lagi, iaitu pada usia 67 tahun.

Peguam menuduhnya membunuh Allen sebagai sebahagian daripada rancangan rompakan. Menurut pendakwa raya, Cyntoia meninggalkan lokasi kejadian dengan membawa dompet dan senjata milik Allen.

Peguam menyatakan Cyntoia bersalah untuk dua dakwaan pembunuhan berencana serta rompakan dengan kekerasan.

Bagaimanakah seorang gadis remaja dijatuhi hukuman yang berat apabila dia masih belum cukup umur. Dan ketika masa remaja dihancurkan oleh perbuatan keji, dasar apa yang sepatutnya dipertimbangkan ketika dia terpaksa menerima hukuman yang berat.

Cyntoia Brown

Itulah perdebatan yang terjadi di media sosial, terutama selepas bintang reality show Kim Kardashian, penyanyi Rihanna, dan model Cara Delevigne muat naik pernyataan emosional melalui tag #FreeCyntoiaBrown.

Twitter bukanlah wang yang ideal untuk menyampaikan kerumitan cerita Cyntoia. Tetapi itu tidak menghalang sokongan untuk  Cyntoia dari Kardashian, yang sehingga sekarang telah memperoleh 379 ribu klik .

“Sistem perundangan kami telah gagal,” kata Kardashian menerusi akaunnya.

“Ia merobek perasaan gadis yang diperdagangkan secara seksual dan ketika dia berani bertarung, dia dihukum penjara seumur hidup!”

“Kami perlu menyokong dia dan berjuang untuk perkara yang betul, saya telah menghubungi beberapa peguam saya semalam untuk merangka beberapa langkah yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah ini. #FreeCyntoiaBrown. ”

Rihanna

Rihanna, juga turut melakukan hal yang sama bagi menyokong  Cyntoia .

“Bagi anda yang bertanggungjawab atas keputusan juvana ini, saya berharap Tuhan tidak memberi anda keturunan,” kata Rihanna menerusi akaun Instagramnya.

Birman menghabiskan masa selama enam hingga tujuh tahun terhadap  kes Cyntoia, sejak gadis itu mula-mula ditangkap. Dia mengikuti Cyntoia semasa perbicaraan, juga selepas dia didapati bersalah atas pembunuhan itu.

Rekod Birman menyerlahkan satu persoalan penting mengenai sistem perundangan AS dalam menangani pesalah yang tidak dapat diramalkan.

Selain itu, dokumentari Birman juga menunjukkan sejarah gelap yang dia alami: keganasan pertama Cyntoia neneknya yang mengutuknya sebagai anak luar nikah.

Ibunya, Georgina Mitchell melahirkan pada usia 16 tahun, kemudian ketagih alkohol dan kokain, dan menghabiskan masa di penjara.

Jeff Burks, peguam yang memenjarakan Cyntoia, sebelum ini mengatakan bahawa usia di bawah umur dan menjadi orang pilihan tidak dapat membebaskan remaja tersebut dari dakwaannya.

“Dia bukan hanya orang yang melakukan jenayah, dia adalah orang yang sangat berbahaya,” kata Burks.

“Dia harus bertanggungjawab terhadap tindakannya, dia cantik, bijak, dan pandai berkata kata, begitu banyak orang menyokongnya, tetapi jangan lupa kejahatannya,” tambah Burks.

Semasa di penjara Cyntoia mengajar beberapa tahanan wanita lain. Pada tahun 2016 beliau memperoleh ijazah sarjana muda dari program pendidikan penjara yang dipegang oleh Universiti Lipcomb.

sekarang tidak ada lagi pelacuran di bawah umur. Jika budak itu di bawah umur maka kesnya adalah perdagangan manusia, bukan urus niaga seks.

Jadi jika pegadilan Cyntoia berlangsung sekarang ini, dia akan diperlakukan sebagai mangsa perdagangan manusia untuk seks.

Namun yang dijalani Cyntoia sekarang adalah hukuman seumur hidup sebagai pekerja seks komersial yang membunuh pelanggan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.