Pemerintah Arab Saudi Beri Amaran Larangan Bergambar Di Masjidil Haram

Jemaah haji dan umrah tidak diperbolehkan bergambar atau mengambil gambar di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Larangan tersebut tertulis dalam nota diplomatik Kementerian Luar Negeri Arab Saudi.

Dari nota tersebut, pihak berkuasa Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan arahan berisi larangan pengambilan gambar di dalam dua masjid suci itu  termasuk koridornya dengan menggunakan segala jenis bentuk dan saranan apapun.

Kementerian tersebut turut merayu supaya dapat memberi kesedaran kepada Jemaah haji dan umrah mengenai hal tersebut, lapor Tribunenews.com.

Mereka mendapati terdapat sebahagian Jemaah haji dan umrah dari berbagai warga negara menaikan bendera negara mereka kemudian mengambil gambar di dalam koridor Masjidil Haram.

Apabila ditegur dan dinasihatkan oleh pihak berkuasa keselamatan di Masjidil Haram bahawa apa yang dilakukan melanggar peraturan dan arahan, sesetengah jemaah berdebat dan tidak ambil perduli.

Jemaah juga mengaku tidak tahu ada arahan yang melarang pengambilan gambar tersebut.

Ia penting untuk mengelakkan pelanggaran peraturan dan undang-undang oleh Jemaah Haji dan Umrah selain menghormati kesucian dua masjid itu, ia juga dapat mewujudkan suasana ibadah bagi mereka di Masjid al-Haram dan Masjid Nabawi.

Merakamkan gambar juga dapat mengganggu dan menimbulkan kemarahan orang lain.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi tersebut merayu kepada Jemaah haji dan umrah supaya mendapat kesedaran agar tidak melakukan perbuatan itu dan menegaskan kepada para Jemaah haji dan umrah mengenai pentingnya mengikut arahan yang melarang mengambil gambar di dalam dua masjid suci dengan mengunakan  kamera video atau yang lainnya.

Sekiranya terjadi pelanggaran atas peraturan tersebut, pasukan keselamatan menerima arahan untuk merampas barangan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.