Bekas Isteri Johnny Depp, Amber Heard Enggan Bogel Disaman RM44 Juta

Gara-gara menolak melakukan adegan berbogel di filem berjudul London Fields, aktres cantik Amber Heard yang berusia 30 tahun itu disaman sebanyak USD 10juta (kira-kira RM44,088,500) oleh produser filem tersebut iaitu Chris Hanley dan Jordan Gertner.

 

 

Laporan The Hollywood Reporter menyebut, bekas isteri aktor popular, Johnny Depp itu, dituntut membayar saman tersebut akibat melanggar perjanjian kontrak yang telah dipersetujui sebelum ini.

 

 

Heard yang memengang watak sebagai Nicola Six dalam filem berkenaan sejak dari awal lagi sudah sedia maklum bahwa karakternya itu menuntutnya tampil tanpa seurat benang kerana naskah itu bersifat “cabul, provokatif, dan sarat dengan adegan telanjang”.

 

Tuntutan saman tersebut telah difailkan pada 21 November lalu di Mahkamah Tinggi Los Angeles. Kes tersebut akan dibicarakan selepas hubungan tegang antara produksi dan pelakon itu kembali reda.

 

Selain Heard, film berkenaan turut dibintangi aktor-aktor hebat seperti Billy Bob Thornton, Cara Delevigne, Theo James dan Johnny Depp.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.