Suami Curang, Isteri Jual Rumah

BIRMINGHAM – BRITAIN . Gara-gara sakit hai dengan kecurangan suami, seorang isteri bertindak menjual rumah, semata-mata untuk membalas dendam.

 

Suami kepada Laura, Craig Arnold yang baru pulang dari urusan perniagaannya di New York, terkejut selepas mendapati kediamannya dihuni beberapa pelajar.

 

Craig berkata, dia mendapat tahu kediaman tersebut dijual isterinya setelah kecewa dengan tindakannya yang berlaku curang.

 

“Semua perabot milik Laura telah tiada dan hanya sebuah kerusi serta meja peninggalan bapanya sahaja masih ada di dalam rumah tersebut,” katanya, lapor Metro.uk.

 

Laura menjual kediaman milik mereka tanpa rasa bersalah kerana wang yang digunakan untuk membayar pinjaman perumahan itu adalah daripada kedua ibu bapanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!