Menang Lelaki Paling Hodoh

HARARE – ZIMBABWE. “Saya ingin bersyukur kepada tuhan kerana akhirnya berjaya memenangi gelaran ini selepas hanya mendapat tempat keempat pada tahun lepas. Terima kasih juga kepada hakim kerana mengiktiraf saya sebagai pemenang,” katanya seorang penganggur dianugerahkan lelaki paling hodoh Zimbabwe.

 

Maison Sere yang tidak cukup bilangan gigi dan berpakaian koyak, berjaya mengalahkan lima peserta yang lain dan membawa pulang wang tunai $500 (RM2,200) menerusi pertandingan lelaki terhodoh yang berlangsung baru-baru ini.

 

Sebelum ini, pemenang lelaki terhodoh Zimbabwe sejak tiga tahun berturut-turut sebelum ini, William Masvinu meluahkan rasa tidak puas hati kerana hanya mendapat tempat kedua dan membawa pulang $100 (RM430).

 

“Hakim tidak adil dan pihak penganjur perlu mencari hakim baru untuk mengadakan semula pertandingan ini,” katanya, lapor AFP.

 

Penganjur, David Mochiwa berkata, dia mengadakan pertandingan ini sejak 2012 untuk meraikan “kecantikan dalam hodoh”, katanya yang mengakui pertandingan tersebut sangat berjaya dan bercadang untuk mengadakan pertandingan lelaki terhodoh dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.