VIDEO: Penunggang Motor Maut, Putus Tangan Dan Kaki

Johor Bahru: Seorang penunggang motosikal maut dalam satu kemalangan membabitkan motosikal yang ditungganginya dengan sebuah kereta di Kilometer 61.5 Lebuhraya PLUS arah utara dekat Kluang di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi, mangsa Suhaizim Mohamed Noor, 34, sedang berkonvoi dari Johor Bahru menuju ke Ayer Hitam sebelum melanggar sebuah kereta dan terbabas ke pembahagi jalan.

Mangsa yang menunggang motosikal Ducati Monster 795 dilaporkan tercampak dan putus tangan serta pergelangan kaki sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, kereta yang terbabit dalam kemalangan itu terus memberhentikan kenderaannya di bahu jalan sebelum beredar membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohd Roze Shaari mengesahkan kejadian terbabit.

Ducati Monster 1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Berikut adalah laporan berhubung kejadian tersebut:

Kes Kemalangan Maut

Daerah : Kluang

Lokasi : KM 61.5 (u) Lurus

Mangsa : (1) (L) (M) Penunggang motorsikal

Masa : 1015 hrs 23/11/14

Kenderaan terlibat : 1 m/kar (WPL3255) & 1 m/sikal superbike (W5607L)

Ringkasan kejadian : penunggang m/sikal (W 5607L)telah langgar belakang m/kar (WPL3255) di lorong laju sebelum terbabas ke pembahagi jalan.Mangsa tercampak & mengalami kecederaan putus tangan & pergelangan kaki & disahkan meninggal dunia Oleh paramedik.Kenderaan m/kar teruskan perjalanan tanpa berhenti.

Cuaca :Baik (panas)

Bentuk jalan : lurus dan menuruni bukit

Unit bantuan : ambulan, plus, tfk daerah

Kesesakan : Ada

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.