Video: Majlis Peguam Lebih Banyak Mengongkong – Razali Ibrahim

Kuala Lumpur – Penubuhan Bona Fide Friends of UMNO (BFFUMNO) dilihat memberi fokus kepada peguam muda untuk memikirkan isu perundangan yang berkaitan isu-isu semasa.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, penubuhan BFFUMNO bukan bertujuan menyaingi Majlis Peguam, sebaliknya hanya mahu memastikan perundangan itu dikuatkuasakan atas perspektif betul.

Menurut Razali, kejayaan sesebuah negara tidak hanya bergantung kepada ekonomi, sosial dan pendidikan, tetapi juga membabitkan soal keselamatan, peraturan dan undang-undang.

“Kalau negara tidak aman, ekonomi tidak dapat kita bangunkan, tetapi hari ini, saya tengok ada banyak penterjemahan undang-undang yang mengelirukan sehingga menimbulkan keresahan, dan mungkin kalau tidak dibendung, akan menimbulkan kacau-bilau.

“Apa yang kita buat ini adalah satu platform untuk kita juga memainkan peranan dalam memberi pandangan balas kepada perkara-perkara yang dimuktamadkan Majlis Peguam,” katanya.

Beliau turut berkata ketika ini terlalu banyak isu berkaitan undang-undang yang mengelirukan sehingga menimbulkan keresahan dan sekiranya tidak dibendung boleh menimbulkan kacau-bilau.

“Ada banyak perkara yang tidak betul dan ramai yang tidak berani untuk bersuara kerana mereka (Majlis Peguam) lebih mengongkong.

“Ini kerana apabila kami tubuhkan platform ini, ramai (peguam) yang datang mengadu (dalm erti kata lain) mereka tidak boleh sembunyikan mengenai kelemahan tersebut kerana suatu hari nanti orang akan mula mempersoalkan intergriti mereka” katanya lagi.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, sejak penubuhan BFFUMNO, beliau sudah mendapat panggilan daripada peguam bukan Melayu yang meminta diwujudkan platform sama di peringkat Barisan Nasional (BN).

“Saya tidak nampak mustahil untuk dibuat juga di peringkat BN. Ketika itu, kita akan nampak perwakilan daripada pelbagai kaum.

“Mungkin ada yang mengatakan selama ini mereka adalah pihak berkuasa, tetapi saya hendak beritahu, ada banyak perkara yang tidak betul,” katanya sambil menambah, pihaknya sudah banyak kali memberi pandangan supaya Majlis Peguam lebih berintegriti, ketika menterjemah undang-undang, malangnya saranan itu tidak dihiraukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.