Tiz Zaqyah Belum Sedia Tamatkan Zaman Solo

Petaling Jaya – Kisah cinta pelakon cantik ini bukan lagi rahsia di kalangan peminat seni tempatan. Namun dia mengakui belum bersedia menamatkan zaman solonya dalam masa terdekat.

Memetik kenyataan di Sinar Harian online,  Tiz Zaqyah berkata, dia bagaimanapun tidak pernah menolak jika jodohnya sudah tiba.

“Bagi saya, kalau sudah jodoh tidak akan ke mana. Sampai masanya saya juga akan mendirikan rumah tangga seperti wanita lain.

“Cuma untuk memberikan tarikh yang sebenar memang belum diketahui lagi.

“Apa yang boleh saya katakan, saya akan berkahwin sebelum usia 30 tahun,” kata pelakon berusia 26 tahun ini.

Akui bintang Kusinero Cinta ini, dia bagaimanapun kurang selesa berkongsi perkara peribadi kepada umum.

“Lebih baik bercerita mengenai karier dan perkara yang berkaitan dengannya. Lagipun itu fokus utama saya buat masa kini,” jelas kekasih kepada Daniel Haziq ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.