Pulang Ke Tanah Air Selepas Ditahan 12 Oleh Tentera AS

Riyadh – Seorang rakyat Arab Saudi yang ditahan di penjara Amerika Syarikat (AS) di Teluk Guantanamo selepas 12 tahun, hari ini pulang ke tanah air selepas dibebaskan, demikian menurut Kementerian Dalam Negeri.
Mohammed Murthi al-Zahrani tiba di Riyadh pagi ini dan pegawai keselamatan melakukan persiapan untuk membawanya menemui ahli keluarga, demikian lapor agensi berita Saudi Press.
Pembebasan Zahrani menyaksikan kini hanya 142 tahanan masih di penjara berkenaan selepas Presiden Barack Obama menjanjikan penjara berkenaan akan ditutup.
Zahrani yang ditahan kerana menjadi anggota al-Qaeda, adalah tahanan terbaharu yang ketujuh dibebaskan dari penjara yang mencetus kontroversi yang terletak di Cuba itu dalam tempoh tiga minggu lalu.
Pembebasan Zahrani selepas beberapa hari pihak berkuasa AS memindahkan lima tahanan ke Georgia dan Slovakia.
Zahrani diterbangkan dari pusat tahanan itu menerusi pesawat yang disewa khas pada Jumaat lalu.
Zahrani sebelum ini pernah dianggap individu yang paling memberi ancaman kepada kepentingan Amerika. – AFP

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.